banner1

Apakah sebenarnya buasir

sebenarnyabuasir001
Pemahaman perubatan dahulu menganggap bahawa Buasir atau Hemorrhoid adalah akibat dari  pembengkakan jaringan  pembuluh darah vena atau pun ianya dianggap sebagai ‘varicose vein’ di daerah anus dan rectum. 

Kajian saintifik terbaru membuktikan bahawa buasir sebenarnya adalah disebabkan pembengkakkan dan  pergerakan kebawah ‘anal cushions’ iaitu suatu struktur normal yang terdapat dibahagian hujung ‘rectum’. ‘Anal cushions’ ini terdapat secara semula jadi pada semua orang termasuk bayi yang baru lahir dan ia adalah struktur menebal yang terdapat dibahagian lapisan dalam dihujung rectum sehingga ke bahagian atas anal canal yang mengandungi saluran darah arteri dan venus, tisu elastic dan juga tisu fiber.
sebenarnyabuasir002
 
‘Anal cushion’ ini berfungsi untuk memberikan “Fine Control” kepada ‘anal sphincter’. Ia akan menjadi buasir bila membengkak dan bergeser kebawah. Sekiranya kesemua bahagian ‘anal cushions’ ini dibuang kita akan mengalami kekurangan sekitar 20% kawalan ‘anal sphinter’ dan akan menyebabkan kita akan mengalami kesukaran untuk mengawal ‘kentut’ dan pembuangan najis. 

Penyakit buasir sebenarnya mudah dicegah dan rawatan nya adalah tidak terlalu sukar sekiranya dirawat sebaik saja gejala-gejalanya mula di kesan.Tanpa rawatan awal buasir cenderung progresif dan bertambah teruk dari masa ke semasa.

Penyakit ini mempengaruhi sekitar 89% populasi Amerika di suatu waktu dalam hidupnya. Bahkan pada suatu penelitian disebutkan bahawa sekitar setengah dari orang sihat yang diperiksa memiliki buasir dengan tahap tertentu.

Tandas Cangkung

cangkung001

Tandas mencangkung adalah ‘pesen lama’ dan dianggap tidak maju sebab itu lah semua orang apabila membina rumah baru atau rumah-rumah yang di bangunkan oleh pemaju akan memasang tandas ‘mangkuk’….lagi mahal harganya  ataupun yang berjenama akan di anggap lagi standard.

Selanjutnya..

Rawatan

rawatanbuasir001

Ada berbagai cara perawatan buasir yang biasanya tergantung kepada tahap buasir yang di hidapi pesakit. Rawatan awal adalah dengan menasihati cara pemakanan yang betul iaitu pengambilan sayuran, buah-buahan, serat dan air yang banyak bagi memastikan najis sentiasa lembut. Elakkan meneran yang kuat semasa membuang air besar dan jauhkan perangai membuang air besar sambil membaca atau mendengar muzik.


Selanjutnya ..

Gejala Buasir

gejalabuasir001

Banyak gangguan anorektal termasuk fissura, fistula, abses atau iritasi dan gatal (pruritus anus) memiliki gejala yang serupa dan seringkali disalah diagnosa dengan buasir. Buasir biasanya tidak berbahaya atau mengancam nyawa.


Selanjutnya ....

K.K.L.I.U 2052/2015