banner1

Jenis - Jenis Buasir

Ada dua jenis buasir iaitu dalaman dan luaran.
 
jenisbuasir001Buasir atau hemorrhoids boleh di kategorikan kepada dua kumpulan iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.  Buasir dalaman adalah apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. Sementara buasir luaran pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur.

• Buasir Dalaman:

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang tertekan, teregang dan kadangkala ianya boleh pecah dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. Buasir dalaman ini juga boleh menyebabkan pesakit merasa ada ‘ketumbuhan’ (prolapse) terkeluar dilubang anus mereka terutama ketika membuang air besar.

• Buasir Luaran:

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya

Internal haemorroids boleh dibahagikan kepada 4 bahagian(stage):

 
Stage I  : Buasir hanya berdarah saja, tetapi tidak terkeluar
   
jenisbuasir002 
Stage II  : Buasir terkeluar dan boleh masukkan dengan sendirinya, samada berdarah atau tidak












jenisbuasir003Stage III : Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula ke dalam dengan jari, samada berdarah atau tidak   
 
Stage IV : Buasir terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula
 
Dalam praktik klinikal sebenarnya presentasi pesakit biasanya bercampur-campur diantara perengkat –perengkat diatas dan kebanyakan orang hanya mendapatkan pemeriksaan setelah bertahun-tahun mengalami buasir. Jadi kes buasir kronik biasanya terdapat ‘skin tags’ yang tidak sekata, ‘external haemorroids’, ‘polyp’ (fibroepithelial polyps dan hypertrophic papillae) ataupun terdapat juga ‘anal fissures’ dan ‘fistula’.
Buasir kronik juga boleh terdapat lebih dari 3 tempat klasik mengikut saluran vena di jam 3, 7 dan jam 11  malah boleh meliputi di sekeliling anus.

jenisbuasir004

Tandas Cangkung

cangkung001

Tandas mencangkung adalah ‘pesen lama’ dan dianggap tidak maju sebab itu lah semua orang apabila membina rumah baru atau rumah-rumah yang di bangunkan oleh pemaju akan memasang tandas ‘mangkuk’….lagi mahal harganya  ataupun yang berjenama akan di anggap lagi standard.

Selanjutnya..

Rawatan

rawatanbuasir001

Ada berbagai cara perawatan buasir yang biasanya tergantung kepada tahap buasir yang di hidapi pesakit. Rawatan awal adalah dengan menasihati cara pemakanan yang betul iaitu pengambilan sayuran, buah-buahan, serat dan air yang banyak bagi memastikan najis sentiasa lembut. Elakkan meneran yang kuat semasa membuang air besar dan jauhkan perangai membuang air besar sambil membaca atau mendengar muzik.


Selanjutnya ..

Gejala Buasir

gejalabuasir001

Banyak gangguan anorektal termasuk fissura, fistula, abses atau iritasi dan gatal (pruritus anus) memiliki gejala yang serupa dan seringkali disalah diagnosa dengan buasir. Buasir biasanya tidak berbahaya atau mengancam nyawa.


Selanjutnya ....

K.K.L.I.U 2052/2015