banner1

Rawatan Buasir Safute

         
    piles18bKlinik Buasir Safute  adalah Klinik khusus untuk merawat masalah penyakit buasir yang di kendalikan oleh doktor-doktor perubatan yang bertauliah. Kesemua perengkat Buasir boleh dirawat dengan berkesan menggunakan kaedah 'laser safute BEIM'. 

Buasir adalah penyakit yang terlalu personal, melibatkan tempat yang amat sulit  dan sangat memalukan bagi kebanyakkan orang. Kami amat memahami akan masalah ini  dan yang pasti anda akan dilayan dengan professional dan privacy anda sentiasa menjadi keutamaan kami.
 
Kemungkinan anda telah lama terseksa oleh buasir atau hemorrhoid dan ketahuailah buasir adalah salah satu penyakit yang kerap di hidapi oleh rakyat di Malaysia.

Statistik di Barat menunjukkan sekurang-kurangnya 50% orang yang berumur lebih 50 tahun telah dan pernah mengidap buasir. Walaupun kita tiada angka statistik, tetapi saya percaya keadaan sama berlaku di sini dan buasir ini boleh menyerang semua peringkat umur termasuk lelaki dan wanita.
 

Anda mungkin tercari-cari rawatan apa yang paling baik dan berkesan. Pembedahan sudah ternyata amat menakutkan dengan kemungkinan risiko pendarahan dan kesakitan selepas pembedahan yang agak lama. Ubat buasir dan rawatan alternatif sudah dicuba tetapi buasir tetap berulang lagi.

Website ini mungkin boleh memberikan informasi yang lengkap tentang buasir dan semua rawatan perubatan yang ada serta tentang kelebihan terapi terbaru : ‘Laser Safute BEIM’.


KLINIK BUASIR SAFUTE adalah sebahagian dari rangkaian kerjasama antara kumpulan KLINIK WASIR SAFUTE yang telah mengembangkan teknologi Safute BEIM semenjak 2 tahun yang lalu di Indonesia. Ini adalah satu satunya Klinik Medis yang terkenal dan terpecaya di Indonesia yang menangani penyakit Buasir. Kumpulan Klinik Wasir Safute Indonesia telah mempunyai 9 cawangan dibandar bandar besar Indonesia.


Untuk melihat testimonial dan melihat sendiri Klinik Wasir Safute Indonesia sila layari blog :


www.wasirsafute.blogspot.com



Mudah-mudahan website ini boleh memberikan manfaat kepada semua.
 
   
         
         
         

Tandas Cangkung

cangkung001

Tandas mencangkung adalah ‘pesen lama’ dan dianggap tidak maju sebab itu lah semua orang apabila membina rumah baru atau rumah-rumah yang di bangunkan oleh pemaju akan memasang tandas ‘mangkuk’….lagi mahal harganya  ataupun yang berjenama akan di anggap lagi standard.

Selanjutnya..

Rawatan

rawatanbuasir001

Ada berbagai cara perawatan buasir yang biasanya tergantung kepada tahap buasir yang di hidapi pesakit. Rawatan awal adalah dengan menasihati cara pemakanan yang betul iaitu pengambilan sayuran, buah-buahan, serat dan air yang banyak bagi memastikan najis sentiasa lembut. Elakkan meneran yang kuat semasa membuang air besar dan jauhkan perangai membuang air besar sambil membaca atau mendengar muzik.


Selanjutnya ..

Gejala Buasir

gejalabuasir001

Banyak gangguan anorektal termasuk fissura, fistula, abses atau iritasi dan gatal (pruritus anus) memiliki gejala yang serupa dan seringkali disalah diagnosa dengan buasir. Buasir biasanya tidak berbahaya atau mengancam nyawa.


Selanjutnya ....

K.K.L.I.U 2052/2015