banner1

Pencegahan Buasir

Semua orang tahu dan faham bahawa mencegah itu lebih baik dari merawat, tetapi tidak ramai antara kita yang ambil kisah sangat tentang langkah-langkah pencegahan sesuatu penyakit sehingga mereka diserang sesuatu jenis penyakit. Malah ramai pesakit-pesakit yang telah mengalami dan menderita penyakit buasir tidak mengendahkan sangat tentang teramat penting nya tentang mencegah dan mengawal perkara-perkara berikut:

1.     Menjaga corak pemakanan yang sihat
 
2.     Bersenam dan Olahraga dapat membantu mencegah sembelit
 
3.    Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
 
4.     Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
 
5.    Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
 
6.  Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut
 
7.     Elakan ’meneran’ terlalu kuat semasa membuang air besar, ini dapat dicegahkan dengan memastikan najis anda sentisa lembut dan juga dengan duduk secara ’mencangkung’ semasa membuang air besar. Membuang air besar secara duduk adalah tidak melancarkan proses defekasi dan anda perlu meneran lebih kuat untuk mengeluarkan semua najis anda.
 
8.   Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

Cara terbaik mencegah buasir adalah untuk menjaga najis tetap lembut, tidak menahan membuang air besar dan serendah mungkin meneran diwaktu membuang air besar. Olahraga termasuk berjalan dan mengambil makanan tinggi serat membantu mengurangi konstipasi dan keperluan meneran dengan cara membuat najis lebih lembut dan lebih mudah keluar.

Kebanyakan daripada kita hanya berminat untuk mendapatkan ‘quick fixed’ iaitu bila mendapat buasir baru perlu dirawat dan baik tanpa mahu turut sama secara aktif dalam mencegah penyakit itu dari berulang lagi. Tidak ada rawatan buasir dalam dunia ini yang menjamin buasir itu tidak akan berulang kembali sekiranya pesakit tidak merubah polar pemakanan dan tabiat membuang air besar. Memastikan tiada konstipasi dan  tidak meneran adalah kunci kepada pencegahan terjadinya buasir.

Tandas Cangkung

cangkung001

Tandas mencangkung adalah ‘pesen lama’ dan dianggap tidak maju sebab itu lah semua orang apabila membina rumah baru atau rumah-rumah yang di bangunkan oleh pemaju akan memasang tandas ‘mangkuk’….lagi mahal harganya  ataupun yang berjenama akan di anggap lagi standard.

Selanjutnya..

Rawatan

rawatanbuasir001

Ada berbagai cara perawatan buasir yang biasanya tergantung kepada tahap buasir yang di hidapi pesakit. Rawatan awal adalah dengan menasihati cara pemakanan yang betul iaitu pengambilan sayuran, buah-buahan, serat dan air yang banyak bagi memastikan najis sentiasa lembut. Elakkan meneran yang kuat semasa membuang air besar dan jauhkan perangai membuang air besar sambil membaca atau mendengar muzik.


Selanjutnya ..

Gejala Buasir

gejalabuasir001

Banyak gangguan anorektal termasuk fissura, fistula, abses atau iritasi dan gatal (pruritus anus) memiliki gejala yang serupa dan seringkali disalah diagnosa dengan buasir. Buasir biasanya tidak berbahaya atau mengancam nyawa.


Selanjutnya ....

K.K.L.I.U 2052/2015